Khamis, 5 Mac 2020

Puasa Paling Utama

Fatwa Fatwa Rasulullah SAW seputar Puasa (فتاوى تتعلق بالصوم)

PETIKAN KITAB (إعلام الموقعين عن رب العالمين) 


Puasa Paling Utama

وسئل صلى الله عليه وسلم أي الصوم أفضل ؟ فقال ( شعبان لتعظيم رمضان ) قيل فأي الصدقة أفضل ؟ قال ( صدقة رمضان ) ذكره الترمذي
terj:
Dari Anas, ia berkata : Nabi saw pernah ditanya : “Puasa apakah yang paling utama setelah Ramadhaan ?”. Beliau menjawab : “Sya’baan untuk memuliakan Ramadhaan”. Dikatakan : “Lalu sedekah apakah yang paling utama ?”. Beliau menjawab : “Sedekah di bulan Ramadhaan”. 


Tahqiq 
• Diriwayatkan oleh At-Tirmidziy no. 663, Ibnu Abi Syaibah 3/103, Abu Ya’laa no. 3431, Ath-Thahaawiy dalam Syarh Ma’aanil-Aatsaar 2/83, dan Al-Baghawiy no. 1778; dari dua jalan 
[Muusaa bin Ismaa’iil dan Yaziid bin Haaruun]

• Dari Shadaqah bin Muusaa, dari Tsaabit  Al-Bunaaniy, dari Anas secara marfu’
Sanad hadits ini lemah karena kelemahan dari Shadaqah bin Muusaa. 

• Dhaif, Masyhur Hasan Salman. Tahqiq, I'lam, 6:303


Syarah
Maka tidaklah muktamad dalam pencarian puasa sunat apakah yang paling utama, kerana puasa Sya'ban bukanlah yang paling utama kerana hadithnya dhaif. Mengenai puasa Sya'ban, terdapat khilaf, samada kita kena berpuasa penuh dan bagaimana larangan berpuasa selepas 15 sya'ban.


Penjelasan Imam Termidzi Rh

1. Maksud berpuasa sebanyak mungkin pada bulan Ramadhan adalah sahih tapi tidaklah maksud satu bulan penuh. Ini dalam balaghah atau tatabahasa, Maksud puasa sebulan sya'ban tu ialah banyak hari berpuasa seolah-olah berpuasa satu bulan.

2. Larangan berpuasa selepas 15 Sya'ban pula, larangan ditujukan kepada orang yang tidak banyak berpuasa sunat, maka ditegah berpuasa 15 hari sebelum ramadhan.

والذي في الصحيح أنه سئل أي الصيام أفضل بعد شهر رمضان ؟ فقال ( شهر الله الذي تَدْعُونه المحرم ) قيل فأي الصلاة أفضل بعد المكتوبة ؟ قال ( الصلاة في جَوْف الليل )
Terj:
RasuluLlah saw pernah ditanya, "puasa apakah yang paling afdhal selepas puasa Ramadhan?" Nabi menjawab: " Puasa di bulan Allah yang engkau sebut bulan Muharam". Di tanya seterusnya, " solat apa yang paling utama (selepas solat fardu)?" jawab beliau:" "solat di tengah malam (yakni 1/3 malam yang akhir)." 
[HR Muslim no 1163 dari perawi akhir Abu Hurayra ra.]


Syarah
• Kata Ibn Rajab rh, bila Allah menisbahkan sesuatu kepada Dirinya, bermaksud kemuliaan dan keutamaan. 

• Maka bulan Muharam dinamakan Bulan Allah, Mesjidil Haram, Baitillah, Muhammad Abdillah, hamba Allah. 

• Maka Puasa yang paling utama selepas ramadhan ialah puasa di bulan Muharam, khususnya puasa 10 Muharam atau Asyura. 

• Berbeda dengan agama Syiah, bulan Muharam adalah bulan bersedih kerana Peristiwa Karbala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan