Khamis, 5 Mac 2020

Sesiapa Yang Buka Puasa Sunat, Azamkan Menggantinya [Qadha] Pada Hari Yang Lain

Fatwa Fatwa Rasulullah SAW seputar Puasa (فتاوى تتعلق بالصوم)

PETIKAN KITAB : (إعلام الموقعين عن رب العالمين) Syaikhul Islam Ibn Qayyim al Jawzia


Sesiapa Yang Buka Puasa Sunat, Azamkan Menggantinya [Qadha] Pada Hari Yang Lain

Hadith 1 : Ummu Hani'yy
ودخل صلى الله عليه وسلم على أم هاني فشرب، ثم ناولها فشربت، فقالت إني كنت صائمة، فقال ( الصائم المتطوع أميرُ نفسه، إن شاء صام، وإن شاء أفطر ) ذكره أحمد
Terjemahnya:
Rasulullah masuk menemui Ummu Hani (ketika Fath al-Makkah) dan dihidangkan minuman. Baginda minum dan mempelawa juga Ummu Hani minum. Tapi Ummu Hani menyatakan beliau sedang berpuasa. Lantas baginda bersabda, "Seorang yang berpuasa sunnah adalah pemimpin bagi dirinya, jika ia mau maka ia berpuasa jika ia mau maka ia boleh berbuka." 
[HR Ahmad.]

• Komen Imam Abu Isa atTermidzi, dalam jami'nya No 664 (Lidwa)
قَالَ وَحَدِيثُ أُمِّ هَانِئٍ فِي إِسْنَادِهِ مَقَالٌ وَالْعَمَلُ عَلَيْهِ عِنْدَ بَعْضِ أَهْلِ الْعِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَغَيْرِهِمْ أَنَّ الصَّائِمَ الْمُتَطَوِّعَ إِذَا أَفْطَرَ فَلَا قَضَاءَ عَلَيْهِ إِلَّا أَنْ يُحِبَّ أَنْ يَقْضِيَهُ وَهُوَ قَوْلُ سُفْيَانَ الثَّوْرِيِّ وَأَحْمَدَ وَإِسْحَقَ وَالشَّافِعِيِّ
"pada sanad hadith Ummu Hani' terdapat cela, namun hadith ini diamalkan oleh para ulama baik dari kalangan para sahabat maupun setelah mereka, bahwa orang yang membatalkan puasa sunnah tanpa udzur, maka dia tidak wajib mengqadha' puasanya kecuali jika dia ingin melakukannya.
Perkataan ini juga termasuk pendapatnya Sufyan As Thauri, Ahmad, Ishaq dan Syafi'i. 

• Hadith ini dhaif. 

• Tahqiq Imam Abu Isa, hadis ini dha`if tapi fiqhnya diamalkan kaum salaf. 
Yakni orang yang berpuasa sunat, boleh berbuka jika  jemputan makan dan boleh menggantinya di hari yang lain.


Hadith 2: Jamuan di rumah Abu Said al-Khudri ra

وذكر الدارقطني أن أبا سعيد صنع طعاما، فدعا النبي صلى الله عليه وسلم وأصحابه، فقال رجل من القوم إني صائم، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم ( صَنَعَ لك أخوك طعاما وتكلَّف لك أخوك ! أفطِرْ وصُمْ يوما آخر مكانه )
Terj:
Dituturkan oleh al-Daruqutni, bahawa Abu Said (al-Khudri) menyediakan makanan kemudian menjemput Nabi saw dan sebilangan sahabatnya. Salah sorang dari undangan tersebut berkata," saya sedang berpuasa". Maka, nabi saw bersabda," saudaramu telah susah payah membuat makanan untukmu dan menghidangkan pula. Maka berbukalah dan berpuasalah pada hari lain untuk menggantinya."

• Tahqiq: Daruqutni kata ianya mursal [Dha`if]

• الراوي:إبراهيم بن عبيد المحدث: الذهبي - المصدر: تنقيح التحقيق - الصفحة أو الرقم: 1/392
خلاصة حكم المحدث: مرسل ، ومحمد بن أبي حميد ضعيف
Tahqiq al-Zahabi, juga Dhaif. 


Atsar Hafshah dan Aisyah : Buka Puasa Sunat

وذكر أحمد أن حَفْصَة أهْدِيَتْ لها شاة، فأكلت منها هي وعائشة، وكانتا صائمتين، فسألتا رسول الله صلى الله عليه وسلم عن ذلك، فقال ( أبدلا يوما مكانه )
Terj:
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Hafshah (ummul mukminin) dihadiahkan daging kambing, lalu dimakannya bersama Aisyah padahal keduanya berpuasa pada hari itu. Lantas keduanya ajukan soalan kepada Rasulullah saw akan hal tersebut. Baginda saw bersabda,"gantilah pada hari yang lain." 
[HR Ahmad]

• Tahqiq:
[Didhaifkan oleh al-Bukhari.]

الراوي:عائشة المحدث: البخاري - المصدر: العلل الكبير - الصفحة أو الرقم: 119
خلاصة حكم المحدث: لا يصح
Walaupun hadisnya dhaif, tapi fiqhnya diamalkan, yakni orang berpuasa sunat boleh berbuka dan mengqadha'nya pada hari yang lain. 

• Kaedah penting dalam mazhab hanbali, ada hadith hadith dhaif tetapi fiqhnya diamalkan oleh para salaf.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan