Memaparkan catatan dengan label Fatwa Fatwa Rasulullah SAW seputar Puasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fatwa Fatwa Rasulullah SAW seputar Puasa. Papar semua catatan

Khamis, 5 Mac 2020

Larangan Puasa Wishal

Fatwa Fatwa Rasulullah SAW Seputar Puasa (فتاوى تتعلق بالصوم)

PETIKAN KITAB : (إعلام الموقعين عن رب العالمين)
Syaikhul Islam Ibn Qayyim al Jawzia


Larangan Puasa Wishal


ونهاهم عن الوصال و وَاصَل، فسألوه عن ذلك، فقال ( إني لَسْتُ كهيئتكم، إنى يطعمني ربي ويسقيني ) متفق عليه 

Pengertian
Berpuasa selama 24jam atau berpuasa siang, tanpa berbuka dan sambung lagi hari keduanya.

Nabi SAW melarang berpuasa wishal atau berpuasa terus menerus selama 24 jam. Sahabat bertanya akan isu ini kerana melihat Nabi SAW melakukannya. Lantas Nabi SAW bersabda, "aku diberi makan dan minum oleh Tuhanku"
[Muttafaqun Alaih]

Waktu Imsak

Fatwa Fatwa Rasulullah SAW Seputar Puasa (فتاوى تتعلق بالصوم)

PETIKAN KITAB : (إعلام الموقعين عن رب العالمين)
Syaikhul Islam Ibn Qayyim al Jawzia


Waktu Imsak.


Perbezaan di antara benang putih dan benang hitam.
(وسئل صلى الله عليه وسلم عن الخيط 
الأبيض والخيط الأسود)
فقال ( هو بَيَاض النهار وسواد الليل ) ذكره النسائي 
"Diajukan soalan kepada Nabi SAW tentang benang putih dan hitam, yang dimaksudkan Nabi SAW  ialah cerahnya siang dan hitamnya malam"
[HR an Nasa'iy]


Tahqiq hadith:
فَقَالَ إِنَّمَا ذَلِكَ سَوَادُ اللَّيْلِ وَبَيَاضُ النَّهَارِ. وفي رواية للبخاري (4510)
• Hadith ini, ia sebenarnya berada di dalam Sahih Bukhari dan Muslim.

• Satu keanehan apabila Ibnu Qayyim rhm hanya menyatakan di dalam Sunan an Nasa'iy.


Syarah
قال الله تعالى : (وَابْتَغُوا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ ) البقرة/187. 
Terjemahan:
"dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam, (tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri'tikaf dalam masjid. Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada manusia, supaya mereka bertakwa"
[Al Baqarah:187]

• Secara literal, sebahagian sahabat menyangka benang yang sebenar, akan tetapi maksud ayat ini dan hadith ialah secara balaghah atau kiasan, ia adalah terbitnya fajar.

• Benang hitam adalah waktu malam dan benang putih adalah waktu fajar atau permulaan siang.

• Ketetapan waktu imsak di dalam mazhab Syafi'iy, ialah 10 minit sebelum waktu subuh.

• Adakah ketetapan waktu imsak ini mempunyai dalil?
Jawaban:
Tidak

• Menurut Imam Ibnu Hajar al-Asqalani rhm:
"Melambatkan berbuka dan mengawalkan sahur adalah perbuatan yang bertentangan dengan sunnah, tiada sebarang kebaikan, banyak keburukan; dan diminta perlindungan Allah dari perbuatan sedemikian."
[Rujukan Kitab Fathul Bari 4:199]

• Menurut Prof Dr. Yusuf Qardawi hafizahullah pula,
"Jelaslah bahawa waktu imsak yang dimulai sekian-sekian lama sebelum terbitnya Fajar, sebagaimana yang ditetapkan orang secara terus menerus, sama sekali tidak berdasarkan Kitabullah dan Sunnah Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam. 

• Penetepan sedemikian adalah merupakan sikap berlebih-lebihan di dalam agama. Bahkan ia menyalahi sunnah Rasulullah SAW yang memandang baik penangguhan makan sahur sehingga akhir malam (iaitu sebelum terbit fajar)"
[Hadyu Islam, fatawa mu'asirat]

• Syaikh Saleem al-Hilali berkata:
"Menahan diri dari makan dan minum sebelum datangnya waktu fajar yang jelas semata-mata atas alasan berhati-hati adalah suatu ciptaan bid'ah"
[Rujukan Kitab Sifat Siyam an Nabi]

• Dr Abdul Ghani Azmi Hj Idris berkata:
"Di antara faedah hadith-hadith di atas ialah membatalkan bid'ah imsak sebelum fajar, iaitu lebih kurang 1/4 jam, kerana berbuat demikian atas alasan takut kedatangan azan fajar di kala mereka sedang bersahur. Jikalau mereka mengetahui akan kemudahan ini tentulah mereka tidak akan terjatuh dalam amalan bid'ah itu"
[Bimbingan Mencapai Kesempurnaan Ibadah Puasa, ms 84]
Sumber: hafidzfirdaus.com

• Juga hadith dari  Umar ra:
أُقِيمَتِ الصَّلاَةُ وَالإِنَاءُ في يَدِ عُمَرَ فَقَالَ: أَشْرَبُهَا يَا رَسُولَ الله؟ فَقَالَ: نَعَمْ، فَشَرِبَهَا
Terjemahan:
“Pernah ketika solat hendak didirikan (iqamah) sedangkan bekas (minuman) masih di tangan Umar (al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu). Dia bertanya kepada Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam, “Adakah aku boleh meminumnya?” Rasulullah menjawab, “Boleh.” Maka ‘Umar pun meminumnya”
[Tafsir ath-Thabari, 3/527, no. 3017]
• Dinilai sahih isnadnya oleh Syaikh Ahmad Muhammad Syakir
• Di nilai Hasan oleh Syaikh al-Albani rhm


Penjelasan dari Syaikh al Albani rhm
وفيه دليل على أن من طلع عليه الفجر وإناء الطعام أو الشراب على يده أنه يجوز له أن لا يضعه حتى يأخذ حاجته منه فهذه الصورة مستثناة من الآية: وكلوا واشربوا حتى يتبين لكم الخيط الأبيض من الخيط الأسود من الفجر. فلا تعارض بينها وما في معناها من الأحاديث وبين هذا الحديث ولا إجماع يعارضه بل ذهب جماعة من الصحابة وغيرهم إلى أكثر مما أفاده الحديث وهو جواز السحور إلى أن يتضح الفجر وينتشر البياض في الطرق راجع ” الفتح ( 4 / 109 – 110 ) لأن من فوائد هذا الحديث إبطال بدعة الإمساك قبل الفجر بنحو ربع ساعة. لأنهم إنما يفعلون ذلك خشية أن يدركهم أذان الفجر وهم يتسحرون ولو علموا هذه الرخصة لما وقعوا في تلك البدعة
Dalam hadith ini terdapat dalil yang menunjukkan bahawa sesiapa sahaja yang mengetahui fajar telah terbit tetapi bekas makanan atau minuman masih berada di tangannya, dia boleh segera menyelesaikan keperluannya tersebut (makan dan minum). Ini adalah bentuk pengecualian dari ayat,
“… makan serta minumlah sehingga jelas bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu terbitnya fajar (masuknya waktu Subuh)”
[Al-Baqarah: 187]

• Ayat ini dan hadith-hadith yang semakna dengannya tidak bertentangan dengan hadith tersebut. Tiada pula ijma’ ulama yang bertentangan dengannya. Bahkan sejumlah sahabat dan selain mereka berpendapat selari dengan makna hadith ini iaitu boleh makan sahur sehingga jelas terbitnya fajar dan menyebarnya cahaya di jalan-jalan (setelah jelas masuknya waktu Subuh).
[Rujuk kitab Fathul Bari :4/109-110]

• "Dalam masa yang sama, hadith ini menolak bid’ah tentang penetapan waktu imsak sekitar 15 minit sebelum terbitnya fajar (sebelum masuknya waktu Subuh). Kebanyakan mereka yang mengamalkannya adalah disebabkan bimbang berkumandangnya azan Subuh di dalam keadaan mereka sedang bersahur. Kalaulah mereka mengetahui rukhsah (keringanan) ini, sudah tentu mereka tidak akan terjerumus ke dalam bid’ah sedemikian rupa"
[Kitab Tamamul Minnah fii Ta’liq ‘ala Fiqhus Sunnah, hal 417-418]


Rumusan
Waktu imsak di dalam mazhab nusantara adalah 10 minit sebelum masuk waktu subuh, atas alasan berhati-hati. Bantahan manhaj salafiyah dan muhaqqiqin, bahawa ini adalah bid'ah kerana had masa 10 minit ini tidak dikenali di zaman salafussoleh.


Isu Akhir
Sekiranya kita mengikuti manhaj salaf, kita makan sehingga azan Subuh.

Bagaimana pula jika azan Subuh berkemundang di televisyen, radio atau masjid berdekatan, kita masih perlu minum atau makanan masih ada di dalam mulut?
Adakah berhenti serta merta dan memuntahkan baki makanan yang ada di dalam mulut?

Hal ini juga khilaf. Kalau mengikut mazhab nusantara, perlu muntahkan semua yang ada di dalam mulut. Akan tetapi, para muhaqqiqin menetapkan masih boleh menghabiskan apa yang masih ada di dalam mulut dan jika masih belum minum, masih dibolehkan minum.

Ini sama dengan masa kecederaan atau tambahan masa di dalam perlawanan  bolasepak selepas masa sebenar 90 minit berakhir, masih ada 3-5 minit masa kecederaan.

Dalil hadith:
إِذَا سَمِعَ أَحَدُكُمُ النِّدَاءَ وَالْإِنَاءُ عَلَى يَدِهِ، فَلَا يَضَعْهُ حَتَّى يَقْضِيَ حَاجَتَهُ مِنْهُ
Terjemahan:
“Apabila salah seorang di antara kamu mendengar azan sedangkan bekas (minuman) masih ada di tangannya, maka janganlah ia meletakkannya sehingga ia menyelesaikan hajat darinya (menghabiskan minum)”
[HR Ahmad, no. 10629. Abu Daud, no. 2350. Al-Hakim, al-Mustadrak, no. 729. Al-Baihaqi, as-Sunan al-Kubra, no. 8019.]
• Dinilai sahih oleh al-Hakim, adz-Dzahabi menyetujui, dan al-Albani. 
• Status hadith ini hasan disisi al-Wadi’i dan al-Arnauth.
[Lihat: al-Albani, as-Silsilah ash-Sahihah, 3/381.]
• Syaikh Muqbil Bin Hadi al-Wadi’i, di dalam kitab al-Jaami’ ash-Sahih mimma Laisa fii Sahihain, 2/373-374. 
• Imam an-Nawawi rhm turut memperakui kesahihannya di dalam kitab al-Majmu’ Syarah al-Muhadzdzab, 6/312

Tamat

Hukum Orang Yang Makan/Minum Secara Tidak Sengaja Ketika Berpuasa

Fatwa Fatwa Rasulullah SAW Seputar Puasa (فتاوى تتعلق بالصوم)

PETIKAN KITAB : (إعلام الموقعين عن رب العالمين)
Syaikhul Islam Ibn Qayyim al Jawzia


Hukum Orang Yang Makan/Minum Secara Tidak Sengaja Ketika Berpuasa

Teks asal:
وسأله صلى الله عليه وسلم رجل فقال يا رسول الله أكَلْتُ وشربت ناسيا وأنا صائم، فقال ( أطعمك الله وسقاك ) ذكره أبو داود، وعند الدارقطني فيه بإسناد صحيح ( أتَّم صومك، فإن الله أطعمك وسقاك، ولا قضاء عليك ) وكان أول يوم من رمضان .
 وسألته صلى الله عليه وسلم عن ذلك امرأة أكَلَتْ معه فأمسكت، فقال ( مَا لَكِ ؟ ) فقالت كنت صائمة فنسيت، فقال ذو اليدين الآن بعد ما شبعت ؟ فقال صلى الله عليه وسلم ( أتمِّي صومك؛ فإنما هو رزق ساقه الله إليك ) ذكره أحمد 
Ada seorang sahabat datang kepada Nabi dan berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku makan dan minum karena lupa padahal aku puasa. Nabi  ﷺ menjawab: Allah sendiri yang telah memberimu makan dan minum.” 
[HR Abu Dawud, Nasa’i serta at-Tirmidzi dan beliau nilai Hasan Sahih]


Tahqiq Al-albani:
عن أبي هريرةَ قالَ : جاءَ رجلٌ إلى النَّبيِّ صلَّى اللَّهُ عليْهِ وسلَّمَ فقالَ يا رسولَ اللَّهِ إنِّي أَكلتُ وشربتُ ناسيًا وأنا صائمٌ فقالَ أطعمَكَ اللَّهُ وسقاكَ
الراوي : أبو هريرة | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح أبي داود
الصفحة أو الرقم: 2398 | خلاصة حكم المحدث : صحيح
[Sahih Abu Daud, no 2398]


Hadith : Daruqutni
وعند الدارقطني فيه بإسناد صحيح ( أتَّم صومك، فإن الله أطعمك وسقاك، ولا قضاء عليك ) وكان أول يوم من رمضان 
Terj: 
Menurut Daruqutni dengan sanad yang sahih,
" Sempurnakan puasamu, sesungguhnya Allah telah memberi kamu makan dan minum dan tak ada qadha atasmu" 
Ia terjadi pada permulaan Ramadhan (ketika orang masih belum biasa)


Tahqiq 
أتمّ صيامكَ فإن اللهَ أطعمكَ وسَقاكَ ولا قضاءَ عليكَ
الراوي : الحكم بن عبدالله | المحدث : الدارقطني | المصدر : سنن الدارقطني
الصفحة أو الرقم: 2/390 | خلاصة حكم المحدث : [فيه] الحكم بن عبد الله هو



Hadith : Ahmad
وسألته صلى الله عليه وسلم عن ذلك امرأة أكَلَتْ معه فأمسكت، فقال ( مَا لَكِ ؟ ) فقالت كنت صائمة فنسيت، فقال ذو اليدين الآن بعد ما شبعت ؟ فقال صلى الله عليه وسلم ( أتمِّي صومك؛ فإنما هو رزق ساقه الله إليك ) ذكره أحمد 
terj:
Nabi saw di tanya oleh seorang perempuan yang sedang makan di mana Nabi ada bersama (dlm majlis makan tersebut), tiba tiba dia berhenti. Nabi bertanya, kenapa dengan kamu?" jawab perempuan tersebut," sebenarnya saya sedang berpuasa kemudian saya lupa" perempuan yang menyajikan kenduri itu berkata, "engkau teringat selepas engkau dah kenyang? Nabi bersabda," sempurnakan (baki) puasa kamu, apa yg kamu makan tadi adalah rezki Allah kepadamu." 
[HR Ahmad]


TAHQIQ
• فقالَ النَّبيُّ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ ما لكِ قالت كنتُ صائمةً فنسيتُ فقالَ ذو اليدَينِ الآنَ بعدما شبعتِ فقالَ النَّبيُّ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ أتمِّي صومَكِ فإنَّما هوَ رزقٌ ساقَهُ اللَّهُ إليكِ
الراوي : أم إسحاق الغنوية مولاة أم حكيم | المحدث : الهيثمي | المصدر : مجمع الزوائد
الصفحة أو الرقم: 3/160 | خلاصة حكم المحدث : فيه أم حكيم ولم أجد لها

Kata al Haithami, Majma' 3:160, Hadith Dhaif kerana Umu Hakiim adalah majhul, tidak dikenali. 

•Syaikh Masyhur Hasan Salman juga menilainya dhaif.

• Jumhur kecuali Maliki, puasa orang yang makan dan minum ketika berpuasa sunat dan fardhu adalah masih sah

• Kuantiti yang dimakan tidak menjadi isu, baik sedikit atau sampai kenyang. Dalil hadith :
إن الله وضع عن أمتي الخطأ والنسيان وما استكرهوا عليه
Sesungguhnya Allah mengampuni umatku karena kekeliruan (ketidaksengajaan), lupa dan karena dipaksa
[HR Ibnu Majah, Al-Albani sahih]

Hukum Mencium Isteri Di Siang Hari Puasa Ramadhan

Fatwa Fatwa Rasulullah SAW Seputar Puasa (فتاوى تتعلق بالصوم)

PETIKAN KITAB : (إعلام الموقعين عن رب العالمين)
Syaikhul Islam Ibn Qayyim al Jawzia


Hukum Mencium Isteri Di Siang Hari Puasa Ramadhan

عَنْ عُمَرَ بْنِ أَبِي سَلَمَةَ
أَنَّهُ سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُقَبِّلُ الصَّائِمُ فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَلْ هَذِهِ لِأُمِّ سَلَمَةَ فَأَخْبَرَتْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْنَعُ ذَلِكَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ غَفَرَ اللَّهُ لَكَ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَا وَاللَّهِ إِنِّي لَأَتْقَاكُمْ لِلَّهِ وَأَخْشَاكُمْ لَهُ
Terj:
Dari Umar bin Abu Salamah bahwa ia pernah bertanya kepada Rasulullah saw, bahwa apakah beliau pernah mencium isterinya saat berpuasa. Maka Rasulullah saw bersabda kepadanya: "Tanyakanlah perkara ini kepada Ummu Salamah." Maka Ummu Salamah pun mengabarkan kepadanya bahwasanya Rasulullah melakukan hal itu. Kemudian Umar bertanya lagi, "Wahai Rasulullah, Allah telah mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan juga yang akan datang." Maka Rasulullah saw pun bersabda: "Demi Allah, aku adalah orang yang paling bertakwa dan paling takut kepada Allah di antara kalian."
[HR Muslim no 1863]


Versi Imam Malik dalam Muwatta'[MALIK - 568]
حَدَّثَنِي يَحْيَى عَنْ مَالِك عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ
أَنَّ رَجُلًا قَبَّلَ امْرَأَتَهُ وَهُوَ صَائِمٌ فِي رَمَضَانَ فَوَجَدَ مِنْ ذَلِكَ وَجْدًا شَدِيدًا فَأَرْسَلَ امْرَأَتَهُ تَسْأَلُ لَهُ عَنْ ذَلِكَ فَدَخَلَتْ عَلَى أُمِّ سَلَمَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَتْ ذَلِكَ لَهَا فَأَخْبَرَتْهَا أُمُّ سَلَمَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَبِّلُ وَهُوَ صَائِمٌ فَرَجَعَتْ فَأَخْبَرَتْ زَوْجَهَا بِذَلِكَ فَزَادَهُ ذَلِكَ شَرًّا وَقَالَ لَسْنَا مِثْلَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللَّهُ يُحِلُّ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا شَاءَ ثُمَّ رَجَعَتْ امْرَأَتُهُ إِلَى أُمِّ سَلَمَةَ فَوَجَدَتْ عِنْدَهَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا لِهَذِهِ الْمَرْأَةِ فَأَخْبَرَتْهُ أُمُّ سَلَمَةَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَلَا أَخْبَرْتِيهَا أَنِّي أَفْعَلُ ذَلِكَ فَقَالَتْ قَدْ أَخْبَرْتُهَا فَذَهَبَتْ إِلَى زَوْجِهَا فَأَخْبَرَتْهُ فَزَادَهُ ذَلِكَ شَرًّا وَقَالَ لَسْنَا مِثْلَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللَّهُ يُحِلُّ لِرَسُولِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا شَاءَ فَغَضِبَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ وَاللَّهِ إِنِّي لَأَتْقَاكُمْ لِلَّهِ وَأَعْلَمُكُمْ بِحُدُودِهِ
Terj:
Telah menceritakan kepadaku Yahya dari Malik dari Zaid bin Aslam dari 'Atha bin Yasar, bahwa ada seorang laki-laki yang mencium isterinya, padahal dia sedang berpuasa pada bulan Ramadan. Setelah itu dia sangat tertekan, lalu dia mengutus isterinya agar menanyakan tentang hal itu. Isterinya kemudian menemui Ummu Salamah, isteri Nabi saw dan menceritakan hal itu padanya. Ummu Salamah lantas memberitahukan kepadanya bahwa Rasulullah saw juga pernah mencium padahal beliau sedang berpuasa. Sang isteri tersebut kemudian memberitahu suaminya tentang hal itu, namun dia tidak terima dan berkata, "Kita tidak seperti Rasulullah saw! Allah menghalalkan bagi Rasulullah apa yang Dia kehendaki." Isterinya kemudian kembali menemui Ummu Salamah, sementara Rasulullah  sedang bersamanya. Rasulullah bertanya; "Ada apa dengan perempuan ini?" Ummu Salamah menceritakan tentangnya. Rasulullah kemudian bersabda: "Tidakkah kamu khabarkan kepadanya? Sesungguhnya aku juga melakukannya." Ummu Salamah menjawab, "Aku telah memberitahunya." Wanita itu lalu pergi menemui suaminya dan menceritakan kepadanya, namun suaminya tidak terima dan berkata; "Kami tidak seperti Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, Allah telah menghalalkan baginya apa yang Dia mau." Rasulullah saw marah dan bersabda: "Demi Allah, aku adalah orang yang paling bertakwa kepada Allah di antara kalian. Aku adalah orang yang paling tahu tentang batasan-batasan-Nya di antara kalian! "


TAHQIQ
Disahihkan oleh al-Haithami dlm al-Majma' dan Syaikh Masyhur Hasan al-Salman, Muhaqqiq Kitab I'lam, 6:309


FIQH HADITH 
Kata Kitab Sahih Fiqh Sunnah, jilid 2:111, dibolehkan mencium atau mencumbui isteri di bulan ramadhan berdasarkan dalil di atas yang tegas membolehkan.

Hukum Memakai Celak (KOHL) Ketika Berpuasa

Fatwa Fatwa Rasulullah SAW Seputar Puasa (فتاوى تتعلق بالصوم)

PETIKAN KITAB : (إعلام الموقعين عن رب العالمين)
Syaikhul Islam Ibn Qayyim al Jawzia


Hukum Memakai Celak (kohl) Ketika Berpuasa

وسأله صلى الله عليه وسلم رجل، فقال قد اشتكيت عيني، أفأكتحل وأنا صائم ؟ قال ( نعم ) ذكره الترمذي
Terj:
RasuluLLah saw ditanya oleh seorang lelaki, "mataku sakit, lantas apakah saya boleh bercelak sedangkan saya berpuasa?" Jawab baginda," boleh". 
[HR Termizi]

Takhrij:
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ اشْتَكَتْ عَيْنِي أَفَأَكْتَحِلُ وَأَنَا صَائِمٌ قَالَ نَعَمْ
قَالَ وَفِي الْبَاب عَنْ أَبِي رَافِعٍ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ أَنَسٍ حَدِيثٌ لَيْسَ إِسْنَادُهُ بِالْقَوِيِّ وَلَا يَصِحُّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي هَذَا الْبَابِ شَيْءٌ وَأَبُو عَاتِكَةَ يُضَعَّفُ وَاخْتَلَفَ أَهْلُ الْعِلْمِ فِي الْكُحْلِ لِلصَّائِمِ فَكَرِهَهُ بَعْضُهُمْ وَهُوَ قَوْلُ سُفْيَانَ وَابْنِ الْمُبَارَكِ وَأَحْمَدَ وَإِسْحَقَ وَرَخَّصَ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ فِي الْكُحْلِ لِلصَّائِمِ وَهُوَ قَوْلُ الشَّافِعِيِّ
Terj:
Dari Anas bin Malik ra berkata: seorang lelaki datang kepada Nabi saw dan berkata, mataku sedang sakit, bolehkah saya bercelak ketika sedang berpuasa? Beliau menjawab: "Ya." 
[TIRMIDZI - 658]

• Hadith semakna diriwayatkan dari Abu Rafi'.

• Abu 'Isa berkata, hadith Anas sanadnya tidak kuat dan tidak ada hadith yang sahih tentang hal ini, 
Abu 'Atikah adalah dha'if.

• Para ulama berbedza pendapat mengenai masalah ini, sebagian mereka yaitu Sufyan, Ibnu Mubarak, Ahmad dan Ishaq membenci orang yang bercelak ketika berpuasa, sedangkan Syafi'iy membolehkan orang berpuasa untuk bercelak [Lidwa]


TAHQIQ
Imam Abu `Isa mendha`ifkan hadis ini.


FIQH AL-HADIS 
Hukum memakai celak (kohl) ketika puasa :
1. Harusnya lelaki bercelak untuk rawatan mata [Syaikh ibn Uthaimiin]
2. Pendapat terkuat menurut Imam Ibn Taymiyah ialah tidak batal kerana kedha'ifan hadis dalam bab ini. [majmu` fatawa,25:244]
3. Juga tidak batal menggunakan penitis mata seperti eyemo [Syaikh Uthaimin, syarah mumti', jilid 6]

Pengenalan Fatwa Fatwa Rasulullah SAW seputar Puasa

Fatwa Fatwa Rasulullah SAW seputar Puasa (فتاوى تتعلق بالصوم)

PETIKAN KITAB :
(إعلام الموقعين عن رب العالمين)
"I'lam al Muwaqqi'ien 'an Rabbil 'Aalamin" oleh Syaikhul Islam Ibn Qayyim rh (w.751H, Syria)

PANEL : Syeikh Tuan Hassan Tuan Lah
[thtl al-jazani توان حسن]


SYARAH 
Fatwa-fatwa Rasulullah saw. Maksudnya nas syarah ada dua jenis. Ada yang berasal dari wahyu dan jika tidak ada wahyu, maka ia berasal dari fatwa fatwa Nabi saw yang dinamakan sunnah kitab I'lam al Muwaqqi'iien yang bermaksud deklarasi sang mujtahid.

INI adalah kitab usyul fiqh ahli hadith dan atsar yang perlu dikhatami oleh ahli fiqh dan ahli fatwa.

Pada siri ini yang dipetik dari Jilid 4, bab akhir, tentang beberapa contoh Fatwa2 RasuluLlah saw.