Fatwa Fatwa Rasulullah SAW Seputar Puasa (فتاوى تتعلق بالصوم)
PETIKAN KITAB : (إعلام الموقعين عن رب العالمين)
Syaikhul Islam Ibn Qayyim al Jawzia

Perbezaan di antara benang putih dan benang hitam.
(وسئل صلى الله عليه وسلم عن الخيط
الأبيض والخيط الأسود)
فقال ( هو بَيَاض النهار وسواد الليل ) ذكره النسائي
"Diajukan soalan kepada Nabi SAW tentang benang putih dan hitam, yang dimaksudkan Nabi SAW ialah cerahnya siang dan hitamnya malam"
[HR an Nasa'iy]
Tahqiq hadith:
فَقَالَ إِنَّمَا ذَلِكَ سَوَادُ اللَّيْلِ وَبَيَاضُ النَّهَارِ. وفي رواية للبخاري (4510)
• Hadith ini, ia sebenarnya berada di dalam Sahih Bukhari dan Muslim.
• Satu keanehan apabila Ibnu Qayyim rhm hanya menyatakan di dalam Sunan an Nasa'iy.
Syarah
قال الله تعالى : (وَابْتَغُوا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ ) البقرة/187.
Terjemahan:
"dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam, (tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri'tikaf dalam masjid. Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada manusia, supaya mereka bertakwa"
[Al Baqarah:187]
• Secara literal, sebahagian sahabat menyangka benang yang sebenar, akan tetapi maksud ayat ini dan hadith ialah secara balaghah atau kiasan, ia adalah terbitnya fajar.
• Benang hitam adalah waktu malam dan benang putih adalah waktu fajar atau permulaan siang.

• Ketetapan waktu imsak di dalam mazhab Syafi'iy, ialah 10 minit sebelum waktu subuh.
• Adakah ketetapan waktu imsak ini mempunyai dalil?
Jawaban:
Tidak
• Menurut Imam Ibnu Hajar al-Asqalani rhm:
"Melambatkan berbuka dan mengawalkan sahur adalah perbuatan yang bertentangan dengan sunnah, tiada sebarang kebaikan, banyak keburukan; dan diminta perlindungan Allah dari perbuatan sedemikian."
[Rujukan Kitab Fathul Bari 4:199]
• Menurut Prof Dr. Yusuf Qardawi hafizahullah pula,
"Jelaslah bahawa waktu imsak yang dimulai sekian-sekian lama sebelum terbitnya Fajar, sebagaimana yang ditetapkan orang secara terus menerus, sama sekali tidak berdasarkan Kitabullah dan Sunnah Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam.
• Penetepan sedemikian adalah merupakan sikap berlebih-lebihan di dalam agama. Bahkan ia menyalahi sunnah Rasulullah SAW yang memandang baik penangguhan makan sahur sehingga akhir malam (iaitu sebelum terbit fajar)"
[Hadyu Islam, fatawa mu'asirat]
• Syaikh Saleem al-Hilali berkata:
"Menahan diri dari makan dan minum sebelum datangnya waktu fajar yang jelas semata-mata atas alasan berhati-hati adalah suatu ciptaan bid'ah"
[Rujukan Kitab Sifat Siyam an Nabi]
• Dr Abdul Ghani Azmi Hj Idris berkata:
"Di antara faedah hadith-hadith di atas ialah membatalkan bid'ah imsak sebelum fajar, iaitu lebih kurang 1/4 jam, kerana berbuat demikian atas alasan takut kedatangan azan fajar di kala mereka sedang bersahur. Jikalau mereka mengetahui akan kemudahan ini tentulah mereka tidak akan terjatuh dalam amalan bid'ah itu"
[Bimbingan Mencapai Kesempurnaan Ibadah Puasa, ms 84]
Sumber: hafidzfirdaus.com

• Juga hadith dari Umar ra:
أُقِيمَتِ الصَّلاَةُ وَالإِنَاءُ في يَدِ عُمَرَ فَقَالَ: أَشْرَبُهَا يَا رَسُولَ الله؟ فَقَالَ: نَعَمْ، فَشَرِبَهَا
Terjemahan:
“Pernah ketika solat hendak didirikan (iqamah) sedangkan bekas (minuman) masih di tangan Umar (al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu). Dia bertanya kepada Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam, “Adakah aku boleh meminumnya?” Rasulullah menjawab, “Boleh.” Maka ‘Umar pun meminumnya”
[Tafsir ath-Thabari, 3/527, no. 3017]

• Dinilai sahih isnadnya oleh Syaikh Ahmad Muhammad Syakir
• Di nilai Hasan oleh Syaikh al-Albani rhm
Penjelasan dari Syaikh al Albani rhm
وفيه دليل على أن من طلع عليه الفجر وإناء الطعام أو الشراب على يده أنه يجوز له أن لا يضعه حتى يأخذ حاجته منه فهذه الصورة مستثناة من الآية: وكلوا واشربوا حتى يتبين لكم الخيط الأبيض من الخيط الأسود من الفجر. فلا تعارض بينها وما في معناها من الأحاديث وبين هذا الحديث ولا إجماع يعارضه بل ذهب جماعة من الصحابة وغيرهم إلى أكثر مما أفاده الحديث وهو جواز السحور إلى أن يتضح الفجر وينتشر البياض في الطرق راجع ” الفتح ( 4 / 109 – 110 ) لأن من فوائد هذا الحديث إبطال بدعة الإمساك قبل الفجر بنحو ربع ساعة. لأنهم إنما يفعلون ذلك خشية أن يدركهم أذان الفجر وهم يتسحرون ولو علموا هذه الرخصة لما وقعوا في تلك البدعة
“Dalam hadith ini terdapat dalil yang menunjukkan bahawa sesiapa sahaja yang mengetahui fajar telah terbit tetapi bekas makanan atau minuman masih berada di tangannya, dia boleh segera menyelesaikan keperluannya tersebut (makan dan minum). Ini adalah bentuk pengecualian dari ayat,

“… makan serta minumlah sehingga jelas bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu terbitnya fajar (masuknya waktu Subuh)”
[Al-Baqarah: 187]
• Ayat ini dan hadith-hadith yang semakna dengannya tidak bertentangan dengan hadith tersebut. Tiada pula ijma’ ulama yang bertentangan dengannya. Bahkan sejumlah sahabat dan selain mereka berpendapat selari dengan makna hadith ini iaitu boleh makan sahur sehingga jelas terbitnya fajar dan menyebarnya cahaya di jalan-jalan (setelah jelas masuknya waktu Subuh).
[Rujuk kitab Fathul Bari :4/109-110]
• "Dalam masa yang sama, hadith ini menolak bid’ah tentang penetapan waktu imsak sekitar 15 minit sebelum terbitnya fajar (sebelum masuknya waktu Subuh). Kebanyakan mereka yang mengamalkannya adalah disebabkan bimbang berkumandangnya azan Subuh di dalam keadaan mereka sedang bersahur. Kalaulah mereka mengetahui rukhsah (keringanan) ini, sudah tentu mereka tidak akan terjerumus ke dalam bid’ah sedemikian rupa"
[Kitab Tamamul Minnah fii Ta’liq ‘ala Fiqhus Sunnah, hal 417-418]

Rumusan
Waktu imsak di dalam mazhab nusantara adalah 10 minit sebelum masuk waktu subuh, atas alasan berhati-hati. Bantahan manhaj salafiyah dan muhaqqiqin, bahawa ini adalah bid'ah kerana had masa 10 minit ini tidak dikenali di zaman salafussoleh.
Isu Akhir
Sekiranya kita mengikuti manhaj salaf, kita makan sehingga azan Subuh.
Bagaimana pula jika azan Subuh berkemundang di televisyen, radio atau masjid berdekatan, kita masih perlu minum atau makanan masih ada di dalam mulut?
Adakah berhenti serta merta dan memuntahkan baki makanan yang ada di dalam mulut?
Hal ini juga khilaf. Kalau mengikut mazhab nusantara, perlu muntahkan semua yang ada di dalam mulut. Akan tetapi, para muhaqqiqin menetapkan masih boleh menghabiskan apa yang masih ada di dalam mulut dan jika masih belum minum, masih dibolehkan minum.
Ini sama dengan masa kecederaan atau tambahan masa di dalam perlawanan bolasepak selepas masa sebenar 90 minit berakhir, masih ada 3-5 minit masa kecederaan.
Dalil hadith:
إِذَا سَمِعَ أَحَدُكُمُ النِّدَاءَ وَالْإِنَاءُ عَلَى يَدِهِ، فَلَا يَضَعْهُ حَتَّى يَقْضِيَ حَاجَتَهُ مِنْهُ
Terjemahan:
“Apabila salah seorang di antara kamu mendengar azan sedangkan bekas (minuman) masih ada di tangannya, maka janganlah ia meletakkannya sehingga ia menyelesaikan hajat darinya (menghabiskan minum)”
[HR Ahmad, no. 10629. Abu Daud, no. 2350. Al-Hakim, al-Mustadrak, no. 729. Al-Baihaqi, as-Sunan al-Kubra, no. 8019.]

• Dinilai sahih oleh al-Hakim, adz-Dzahabi menyetujui, dan al-Albani.
• Status hadith ini hasan disisi al-Wadi’i dan al-Arnauth.

[Lihat: al-Albani, as-Silsilah ash-Sahihah, 3/381.]
• Syaikh Muqbil Bin Hadi al-Wadi’i, di dalam kitab al-Jaami’ ash-Sahih mimma Laisa fii Sahihain, 2/373-374.
• Imam an-Nawawi rhm turut memperakui kesahihannya di dalam kitab al-Majmu’ Syarah al-Muhadzdzab, 6/312

Tamat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan